Sunday, September 4, 2011

Majlis Sambutan Merdeka Raya & Jogathon TRP2, 18 Sep 2011 (Ahad)

Sep 3, 2011, Taman Rawang Perdana 2, Rawang Selangor - Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemerdekaan ke 54 dan Hari Malaysia, Majlis Sambutan Merdeka Raya bersama-sama dengan acara Jogathon TRP2 anjuran Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 akan dijalankan seperti yang dijadualkan pada 18hb Sep 2011, di padang diantara Jln RP10/5 dan Jln RP10/6.


3/9/2011, AJK dari kiri ke kanan - Yoke Kuan, Pn Ong Siew Hong, En Yosoff, En. Mani Rajah, En. Mervin, En. Nokaraju, Ann, En. Chin Yaw, En. Eric Ho, En. Ricky dan lain2 yang tidak hadir.

Objektif utama Majlis Merdeka Raya diadakan bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan keharmonian diantara penduduk yang berbilang kaum disamping memupuk semangat kejiranan dan perpaduan diantara penduduk dari rakyat yang berbilang bangsa.

Tetamu kehormat yang dijemput termasuklah YB Tuan Sapari Yaakob (Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor), YB Cik Gan Pei Nei (Adun Rawang) untuk merasmikan pembukaan dan penutupan majlis. Turut dijemput termasuklah wakil-wakil dari Balai Rawang, En. Tan Hui Chuan (ahli MPS), pegawai2 dari Majlis Perbandaran Selayang dan ketua-ketua dari Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga dari taman jiran.

Diantara aturcara pada majlis pagi tersebut termasuklah Pertandingan Jogathon TRP2 yang dibuka hanya kepada penduduk TRP2 sahaja, sukaneka (telematch) untuk bersuka ria dan Jamuan Hari Raya dimana berbagai hidangan Hari Raya akan disediakan.

Acara Jogathon TRP2 akan dibahagikan kepada beberapa kategori ialah kategori veteran umur 45 keatas), dewasa (umur 18-44), remaja (umur 13-17) dan kanak-kanak (umur 7-12). Lima (5) pemenang dari setiap kategori akan diberi hadiah.

Peserta-peserta acara Jogathon akan seterusnya bersukaria dengan acara sukaneka dan menjamu selera dengan hidangan Hari Raya yang disediakan. Berbagai hadiah untuk pemenang-pemenang sukaneka dan acara cabutan bertuah juga akan disediakan.

Majlis pada pagi tersebut juga bertujuan mempromosikan kehidupan yang sihat dengan bersenaman pagi melalui acara Jogathon TRP2 disamping memupuk semangat kejiranan.

Untuk mengalakkan penyertaan beramai-ramai dari kalangan penduduk, pihak penganjur majlis telah memutuskan bahawa penyertaan atau pendaftaran boleh juga dibuat pada pagi majlis tersebut. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 7.30 pagi dan sarapan ringan akan disediakan.

Pihak penganjur majlis, Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YDP Majlis Perbandaran Selayang, YB Cik Gan Pei Nei dan En. Tan Hui Chuan atas usaha dan sumbangan yang diberikan kepada kami untuk menjayakan Majlis ini.

Datanglah beramai-ramai untuk bersukaria bersama jiran-jiran demi memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi tersebut.

Sunday, June 21, 2009

Illegal operation of Quarry at TRP2 ? .....

According to a reply letter received from Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, ref. no.Bil(29)dlm.PTG(PK)5/4/2003 dated 10 Jun 2009, the application for quarry operation permit at Taman Rawang Perdana 2 submitted by Mahumas Sdn Bhd was rejected by the said office in their meeting on 13 August 2003 & 22 October 2003 respectively.

No quarry permit has since been issued to Mahumas Sdn Bhd.

Does this mean that the quarry operation by Mahumas Sdn Bhd at Taman Rawang Perdana 2 since 2003 until now was illegal ?

The copy of letter from the Land Office as on the left.

Thursday, June 11, 2009

Lawatan YB Tuan Yaakob Sapari ke TRP2

YB Tuan Yaakob Bin Sapari, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor telah membuat lawatan ke Taman Rawang Perdana 2 pada hari ini, 11hb Jun 2009, jam 2.30 petang, untuk memahami keadaan sebenar aduan masalah aktiviti letupan batu yang dibuat oleh penduduk di sini.

Satu kemalangan kecil telah berlaku kepada kereta seorang wartawan dari China Press ketika lawatan tapak dijalankan....

Klik disini untuk detik-detik lawatan...

Wednesday, June 3, 2009

The problems of TRP2 video presentation....

Memorandum Pemberhentian Aktiviti Letupan Batu di Taman Rawang Perdana 2

Memorandum Pemberhentian Aktiviti Letupan Batu di Taman Rawang Perdana 2 yang telah dikemukakan kepada agensi2 kerajaaan untuk perhatian & tindakan pihak2 terbabit :

Wednesday, April 15, 2009

Ahli Jawatankuasa Unit Gerakan Khas Anti Letupan & Kuari

Berikutan dengan sesi dialog yang diadakan pada 12 April 2009 lalu, pihak jawatankuasa penduduk ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa unit gerakan khas anti letupan dan kuari atas usaha mereka untuk menjayakan program tersebut dan senarai ahli-ahli yang berdaftar dalam unit tersebut adalah seperti yang dipaparkan.

Sokongilah usaha unit gerak khas dengan menyertai sebagai ahli unit demi memperjuangkan hak kita bersama.

Sunday, April 12, 2009

Sesi Dialog Bantahan Aktiviti Letupan Batu 反炸石活动对话会


Klik disini untuk gambar detik-detik sesi dialog bantahan aktiviti letupan batu TRP2, 12 April 2009 (请点击这里以参阅更多的对话会照片。。。).

Sesi dialog bantahan aktiviti letupan batu bersama ADUN Rawang, YB Cik Gan Pei Nei yang diadakan pada pagi ini, 12 April 2009, di padang permainan Jln RP10/6, telah dijalankan dengan lancar. Kehadiran penduduk yang hangat jelas menbuktikan betapa serius masalah aktiviti letupan batu di TRP2. 今天,12/4/09上午9点钟在柏丹纳花园10/6草场与万挠区州议员颜佩倪小姐举行的反炸石活动对话会已顺利完成。居民的踊跃出席反映了整件事情所带来的影响及关注

Sesi dialog ini dianjurkan oleh JKP TRP2 atas usaha unit gerakan khas yang diketuai oleh En Ricky Lee. 今天的对话会是由居民委员会旗下的反炸石活动特别行动小组,以李宗京先生为首的小组主办。

Tujuan sesi dialog diadakan adalah untuk menyampaikan kepada agensi-agensi kerajaan yang terbabit Memorandum Pemberhentian Aktiviti Letupan Batu melalui ADUN Rawang, mengenai masalah-masalah yang dipercayai akibat daripada aktiviti letupan batu yang dijalankan berturut-turut tidak kurang daripada lapan tahun sejak tahun 2001 di TRP. 对话会的目的是为了要通过州议员提呈反炸石活动备忘录给有关的政府部门,有关柏丹纳花园居民自2001年至今所面对的种种相信是因为炸石活动所带来的各种破坏及问题

Pengerusi JPK TRP2, Pn Ong Siew Hong, mewakili penduduk TRP2 menyeru supaya aktiviti letupan diberhentikan serta-merta sehinggalah satu persetujuan dicapai diantara penduduk dengan pihak-pihak terbabit. Dan pihak JKP juga meminta supaya cukai pintu dan cukai tanah di TRP2 dikecualikan untuk tempoh lapan tahun yang akan datang sebagai pampasan atas gangguan kehidupan dan masalah yang dialami akibat daripada aktiviti letupan batu yang dijalankan disepanjang masa lapan tahun yang lepas. 居民委员会主席,王秀红女士,代表居民呼吁有关当局马上停止所有在柏丹纳花园进行的炸石活动直到各方达到一个协议为此。居民委员会也针对市议会因为处事不当使居民蒙受了多年的生活困扰而要求市议会赦免八年的门牌税及土地税。

(Sila klik disini untuk membaca isi kandungan Memorandum Pemberhentian Aktiviti Letupan Batu yang dikemukakan请点击这里已参阅备忘录内容。。。.)

YB Cik Gan Pei Nei, dalam ucapannya, berjanji akan membawa isu masalah penduduk Taman Rawang Perdana 2 ke-dalam Mesyuarat Undangan Negeri. 州议员,颜佩尼小姐表示将确保柏丹纳花园的问题带进州议会内讨论以寻求方案。

对话会在中午大约12.30分结束